Desaru Home Cakes

Desaru Home Cakes

JAPANESE SOFT COTTON CHEESE CAKE


Assalamualaikum.. Alahai waktu saya agak sibuk nak berblogging ni tapi cuba juga curi ruang masa untuk post yang pertama ni...Apa yang saya nak kongsikan ialah kek cheese Japanese Soft Cotton ni.  Bagi orang yang terrer dan professional kat luar sana tu nak buat kek ni mungkin celah gigi sahaja,, tapi bagi yang baru nak cuba selalunya sukar nak jadi perfect.. pecah lah.. bantat lah.. tapi kalau menjadi mmmmm... memang enak.  tapi tak apa.. selain saya share resepi,  saya bagi tips sekali... cuba jangan tak cuba tau...

JAPANESE SOFT COTTON CHEESE CAKE

Selembut Segebu Kapas

BAHAN A

250 g Cream Cheese Philadephia
50 g Butter Anchor
100 ml UHT Whipping Cream Anchor
6 Biji Kuning Grade B pun x pe...
1 sudu Besar Jus Lemon
1/4 sudu teh garam
60 g tepung super fine blue key
20 g tepung jagung
1 sudu teh esen vanilla

BAHAN B

140 g Gula Kastor
6 Biji Putih Telur
1 sudu teh Cream of Tar Tar
1 sudu besar Jus Lemon

CARA-CARA

Cairkan cream cheese bersama butter dan susu UHT Whipping Cream dengan gunakan teknik Double Boiler betul-betul sebati dan sejukkan...

Kemudian campurkan tepung super fine, tepung jagung, kuning telur,esen vanilla, garam, jus lemon ke dalam adunan Cream Cheese yang sudah sejuk tadi.  Gaul sebati...

Pukul putih telur, cream of tar tar, jus lemon dan gula sampai bertanduk soft peak dan jadi seperti meringue..

Campurkan kedua-dua adunan tersebut dan gaul kaut balik hingga sebati.  Tuang ke dalam Loyang yang telah di greese.

Hentakkan Loyang sebelum masukkan ke dalam oven. Masuk ke dalam oven dan bakar secara waterbath/ bain merry selama 70 minit dan suhu 160 c.

Setelah siap boleh lah makan begitu sahaja atau di letakkan toping apa saja yang anda suka seperti Ganache, Strawberry, Bluberry, Cheese dan sebagainya....


Nak Buat Japaneese Cotton bukan mudah bagi yang pertama kali mencuba.. mungkin kek tu akan pecah merekah dan bantat.  So sini saya kongsi Tips saya...

1.  Air dalam Loyang utk Bain Merry betul2 mendidih
2. Sentiasa kawal suhu supaya air tidak menggelagak... nanti boleh menyebabkan kek merekah
3.  Bagi saya guna 30 minit awal api bawah sahaja dan seterusnya api atas bawah...
4.  Jangan buka pintu oven setelah kek masak... tunggu sehingga 30 minit untuk mengelakkan kek bantat
5.  Ia sedap kalau di masukkan ke dalam peti ais 4 jam ke atas dan letak topping apa2
6.  Semua peralatan yang digunakan mestilah kering untuk memastikan meringue menjadi
7.  Gunakan telur yang suhu bilik bukan dari dalam peti ais
8. Jangan biar anak dan suami kacau anda di dapur.. kekeke







 
Insyallah kalau free saya share kek lain pulak.





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment