Desaru Home Cakes

Desaru Home Cakes

RED VELVET MARBLE CHEESE BROWNIES

Jom buat Red Velvet Marble Cheese Brownies pulak.  Mudah aja dong. mmm enak bangat...!

UNTUK BAHAN KEK
 
2 1/2 cawan tepung naik sendiri
2 sudu besar koko
2 sudu besar susu tepung full cream
2 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh garam halus
(bahan di atas perlu diayak)
1/2 cawan butter dicairkan @ 1 1/3 cawan minyak jagung
1 1/4 cawan gula kastor
2 biji telur grade A
1 penutup botol esen vanilla
2 sudu besar pewarna merah
1 cawan buttermilk @ 1 cawan susu full cream + 2 sudu besar jus lemon (biarkan selama 10 minit)
1 sudu besar cuka
1 sudu teh baking powder


UNTUK BAHAN CHEESE

250 gm Cream Cheese Philadephia atau Tatura
1 cawan gula icing @ gula kastor
1 biji telur grade A
3 sudu besar susu full cream
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar jus lemon
# Filling Blueberry, strawberry, chocolate dan apa sahaja untuk lorek atas cheese

Cara2 nya
 
  1. Panaskan oven 160 c
  2. alas Loyang 10 x 10 dengan baking paper, sapu dengan butter
  3. whisk gula dan butter cair sehingga gula larut.. mixer pun bolehhh
  4. masukkan telur sebiji demi sebiji sehingga sebati dan  masukkan esen vanilla,
  5. campurkan buttermilk dan pewarna merah tadi
  6. masukkan bahan ayak BERSELANG SELI dengan campuran buttermilk tadi
  7. (Mula 1/2 tepung -buttermilk - baki tepung) gaul sebati
  8. campurkan cuka dan baking powder hingga berbuih dan terus masukkan kedalam aduna tadi dan kaup balik hingga sebati
  9. dan tuangkan ke dalam Loyang dan ratakan
  10. bakar 20 mini api atas bawah...
  11. Sementara tunggu kek velvet masak,... ayuh buat adunan cheese pulak
  12. mixer creamcheese hingga gebu dan tambah gula, telur, susu, tepung, jus lemon... mixer hingga sebati, kembang dan berkrim
  13. setelah kek masak kemudian tuangkan adunan cheese tadi dan ratakan atas kek velvet tadi
  14. boleh lorekkan atau tompok-tompokkan filling tadi di atasnya... ikut kreativiti masing-masing
  15. bakar semula selama 20 -25 minit sehingga masak.. suhu 160c jugak ya

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment