Desaru Home Cakes

Desaru Home Cakes

RESEPI TRIO SNOW CHEESE CAKES


 TRIO SNOW CHEESE CAKES
 
Ayuh kita cuba pulak Trio Snow Cheese Cake pulak. owh buatnya amat mudah.  Dah nama snow teringat pulak cerita Winter Sonata.  Lepas buat kek ni kita cari balik CD winter sonata yer. 
 
Strawberry digunakan boleh menaikkan seri wajah cheese cake ni.  Kalau nak tau, banyak2 strawberry, strawberry dari Korea lah yang paling saya suka dan beri rasa yang sedap berbanding dari US, Australia dan Cameron Highlands.  Yang Cameron punya masam sikit.
 
Kiranya yang taburan cheese atas tu kira mcm snow la... kekeke

BAHAN-BAHANNYA
 
100 gm gula kastor
10 gm ovalette
6 biji telur gred B
100 gm tepung self raising blue key
60 gm tepung jagung
3 keping slice cheese
1 st baking powder
50 gm air sejuk dr peti ais
1 st esen vanilla
*75 gm butter (cairkan) @ minyak jagung
*Pewarna pink, hijau, kuning
*Sedikit strawberry, pandan dan manga emulco

KAEDAHNYA DEK NONNN.... :)

1.       Masukkan semua bahan KECUALI yg bertanda (*).
2.       Mixer high speed sehingga putih dan gebu.
3.       Baru masukkan butter cair, gaul sebati dengan spatula/senduk je.
(Jangan guna mixer takut kek bantat/over beat)
4.       Bahagi adunan kepada 3 warna dan perasa
(i)                  Pink (emulco strawberry)
(ii)                Hijau (emulco pandan)
(iii)               Kuning (emulco manga)
@ apa2 pewarna dan perisa favourite, x kisah laa.. =). Xnak guna colour pun bo.. lg laa real snow kekeke…..
5.       Gris Loyang 8x8, bakar la adunan pink selama 10-15 minit, suhu 150c.
6.       Kek dah masak, telangkupkan kek dan Loyang tu sekali atas redai lebih kurang 5 minit, untuk elak kek bantat/kempis… hehehe… betul ke istilah ni…..
7.       Bakar pula adunan seterusnya guna Loyang sama gak dan proses yang sama.
8.       Siap, lapis la ikut kreativiti, letak la filling apa pun… nak sedap sapu cream cheese frosting n filling blueberry, chocolate ganache or strawberry.




 
CREAM CHEESE FROSTING

300 gm Cream Cheese Philaphedia/Tartura
3 sb butter
½ tin susu pekat manis
1 sb jus lemon
*½ kotak KRAFT cheddar cheese (parut)
*Filling blueberry, strawberry

1.       Mixer semua bahan kecuali yang bertanda (*) sampai sebati dan berkrim.
2.       Boleh la sapu pada setiap layer kek dan paipkan filling kesukaan masing-masing.
3.       Salut keseluruhN kek dan parut la cheddar cheese… Mmm…. Memang snow laa… Yummy!





 




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment