Desaru Home Cakes
Jelajah kedai bahan kek
23:37 |
Orang lain buat JJCM (Jalan-Jalan Cari Makan) tapi kami buat Jalan-Jalan Cari Kedai Kek (JJCKK) hehehe...Antara hobi lain adalah suka masuk kedai bahan kek. Banyak dah kedai kek yang telah pergi dari Utara sampailah ke selatan. Kedai Yummie ni boleh dikatakan terbaik setakat ni yang terletak di Bandar Baru Bangi. Apa yang menarik kat sini terdapat pelbagai pilihan untuk semua bahan kek dan harga yang agak baik berbanding kedai lain seperti Bagus seksyen 13 Shah Alam, Bake well Pasir Gudang, Kedai Kek Sayang Sungai Petani, yang kat Taiping, Kota Tinggi dan sebagainya. So bolehlah bagi 4 STAR bagi kedai Yummie ni. Tapi kedai lain pun ada kelebihan masing2.
Kedai Yummie Bangi
Tu diaaa.... cupcakes punya bekas pun berlambak2.
Sempat la borong...
Tengoklah la kalau berkesempatan akan jelajah ke Klang, Ipoh dan Kulim Pulak. Semoga boleh jumpa yang lebih baik berbanding Yummie. Nanti one day saya boleh kongsi alamat.
Read User's Comments0
RED VELVET MARBLE CHEESE BROWNIES
08:19 |
Jom buat Red Velvet Marble Cheese Brownies pulak. Mudah aja dong. mmm enak bangat...!
UNTUK BAHAN KEK
2 1/2 cawan tepung naik sendiri
2 sudu besar koko
2 sudu besar susu tepung full cream
2 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh garam halus
(bahan di atas perlu diayak)
2 sudu besar koko
2 sudu besar susu tepung full cream
2 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh garam halus
(bahan di atas perlu diayak)
1/2 cawan butter dicairkan @ 1 1/3 cawan minyak jagung
1 1/4 cawan gula kastor
2 biji telur grade A
1 penutup botol esen vanilla
2 sudu besar pewarna merah
1 cawan buttermilk @ 1 cawan susu full cream + 2 sudu besar jus lemon (biarkan selama 10 minit)
1 sudu besar cuka
1 sudu teh baking powder
1 1/4 cawan gula kastor
2 biji telur grade A
1 penutup botol esen vanilla
2 sudu besar pewarna merah
1 cawan buttermilk @ 1 cawan susu full cream + 2 sudu besar jus lemon (biarkan selama 10 minit)
1 sudu besar cuka
1 sudu teh baking powder
UNTUK BAHAN CHEESE
250 gm Cream Cheese Philadephia atau Tatura
1 cawan gula icing @ gula kastor
1 biji telur grade A
3 sudu besar susu full cream
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar jus lemon
# Filling Blueberry, strawberry, chocolate dan apa sahaja untuk lorek atas cheese
Cara2 nya
- Panaskan oven 160 c
- alas Loyang 10 x 10 dengan baking paper, sapu dengan butter
- whisk gula dan butter cair sehingga gula larut.. mixer pun bolehhh
- masukkan telur sebiji demi sebiji sehingga sebati dan masukkan esen vanilla,
- campurkan buttermilk dan pewarna merah tadi
- masukkan bahan ayak BERSELANG SELI dengan campuran buttermilk tadi
- (Mula 1/2 tepung -buttermilk - baki tepung) gaul sebati
- campurkan cuka dan baking powder hingga berbuih dan terus masukkan kedalam aduna tadi dan kaup balik hingga sebati
- dan tuangkan ke dalam Loyang dan ratakan
- bakar 20 mini api atas bawah...
- Sementara tunggu kek velvet masak,... ayuh buat adunan cheese pulak
- mixer creamcheese hingga gebu dan tambah gula, telur, susu, tepung, jus lemon... mixer hingga sebati, kembang dan berkrim
- setelah kek masak kemudian tuangkan adunan cheese tadi dan ratakan atas kek velvet tadi
- boleh lorekkan atau tompok-tompokkan filling tadi di atasnya... ikut kreativiti masing-masing
- bakar semula selama 20 -25 minit sehingga masak.. suhu 160c jugak ya
Carrot Cheese Cake
07:41 |
Ayuh buat Carrot Cheese Cakes.. sungguh mudah, sungguh sedap dan berkhasiat...
BAHAN A
2 1/2 cawan gandum/ tepung naik sendiri
2 sudu the baking powder
1 1/2 sudu the soda bicarbonate
2 sudu the serbuk kayu manis
1 sudu the serbuk buah pala
1 sudu the garam halus
BAHAN B
4 biji telur grade B
1 cawan gula perang
1/2 cawan gula kastor
1 cawan minyak jagung
1/2 cawan butter cair
3 cawan lobak merah parut
1 biji epal hijau parut (sekali kulit)
1 cawan kelapa kering (optional)
1 cawan kismis
1 cawan nenas dicincang halus (optional juga)
1 cawan kacang walnut panggang (cincang kasar)
CARA- CARANYA
Ayak bahan A sebanyak 3 kali
Pukul gula, minyak, butter cair sehingga sebati dan masukkan telur sebiji demi sebiji
masukkan bahan A sedikit demi sedikit
masukkan lobah merah, kelapa kering, kismis, nenas, walnut, epal hijau dan sebatikan dengan senduk kayu...
Masukkan ke dalam Loyang dan bakar 1 jam dengan suhu 165 c ...
TOPPING
250 gm cream Cheese Philladephia di Frosting
2 sudu besar butter
1 cawan Gula Aising diayak
2 sudu besar jus lemon
RED VELVET CAKE VERSI GEBU
02:50 |
Rujukan resepi bagi saya kali ni ialah Red Velvet Gebu.
Rujukan resepi bagi saya kali ni ialah Red Velvet Gebu.
BAHAN A
(Campur dan ayakkan 4 bahan di bawah)
3 Cawan Tepung Naik Sendiri
3 sudu besar serbuk Koko
1 Sudu teh garam
2 Sudu besar Susu Tepung
BAHAN B
250 grm butter
2 cawan gula castor
BAHAN C
5 Biji Terlur Grade B
1 penutup esen Vanilla
BAHAN D
2 sudu besar pewarna Merah
1 Cawan Butter Milk atau
1 cawan susu full cream dutch lady campur dgn 2 sudu besar Jus Lemon
(Biarkan selama 15 minit)
BAHAN E
1 Sudu besar Cuka
1 sudu besar baking powder
So inil ah Kaedahnyaaaaa.....
Pukul butter dan gula kastor hingga sebati
Masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanilla
campurkan butter milk dgn pewarna merah hingga sebati
Masukkan bahan A berselang seli dengan butter milk
Pukul hingga kembang dan ringan
seterusnya larutkan Bahan E cuka dan baking powder hingga berbuih dan terus masukkan ke dalam adunan kek tadi
Kaup balik dengan spatula sampai sebati
dan bakar 1 jam dengan suhu 150c atau kukus pun boleh....
TOPPING
500 Gm Cream Cheese Philladephia di Frosting
4 sudu besar butter
2 Cawan Gula Aising diayak
4 sudu besar jus lemon
dan mix sampai sebati
RESEPI TRIO SNOW CHEESE CAKES
02:36 |
TRIO SNOW CHEESE CAKES
Ayuh kita cuba pulak Trio Snow Cheese Cake pulak. owh buatnya amat mudah. Dah nama snow teringat pulak cerita Winter Sonata. Lepas buat kek ni kita cari balik CD winter sonata yer.
Strawberry digunakan boleh menaikkan seri wajah cheese cake ni. Kalau nak tau, banyak2 strawberry, strawberry dari Korea lah yang paling saya suka dan beri rasa yang sedap berbanding dari US, Australia dan Cameron Highlands. Yang Cameron punya masam sikit.
Kiranya yang taburan cheese atas tu kira mcm snow la... kekeke
BAHAN-BAHANNYA
100 gm gula kastor
10 gm ovalette
6 biji telur gred B
100 gm tepung self raising blue key
60 gm tepung jagung
3 keping slice cheese
1 st baking powder
50 gm air sejuk dr peti ais
1 st esen vanilla
*75 gm butter (cairkan) @ minyak jagung
*Pewarna pink, hijau, kuning
*Sedikit strawberry, pandan dan manga emulco
KAEDAHNYA DEK NONNN.... :)
KAEDAHNYA DEK NONNN.... :)
1. Masukkan semua bahan KECUALI yg bertanda (*).
2. Mixer high speed sehingga putih dan gebu.
3. Baru masukkan butter cair, gaul sebati dengan spatula/senduk je.
(Jangan guna mixer takut kek bantat/over beat)
4. Bahagi adunan kepada 3 warna dan perasa
(i) Pink (emulco strawberry)
(ii) Hijau (emulco pandan)
(iii) Kuning (emulco manga)
@ apa2 pewarna dan perisa favourite, x kisah laa.. =). Xnak guna colour pun bo.. lg laa real snow kekeke…..
5. Gris Loyang 8x8, bakar la adunan pink selama 10-15 minit, suhu 150c.
6. Kek dah masak, telangkupkan kek dan Loyang tu sekali atas redai lebih kurang 5 minit, untuk elak kek bantat/kempis… hehehe… betul ke istilah ni…..
7. Bakar pula adunan seterusnya guna Loyang sama gak dan proses yang sama.
8. Siap, lapis la ikut kreativiti, letak la filling apa pun… nak sedap sapu cream cheese frosting n filling blueberry, chocolate ganache or strawberry.
CREAM CHEESE FROSTING
300 gm Cream Cheese Philaphedia/Tartura
3 sb butter
½ tin susu pekat manis
1 sb jus lemon
*½ kotak KRAFT cheddar cheese (parut)
*Filling blueberry, strawberry
1.
Mixer semua bahan kecuali yang bertanda (*)
sampai sebati dan berkrim.
2.
Boleh la sapu pada setiap layer kek dan paipkan
filling kesukaan masing-masing.
3.
Salut keseluruhN kek dan parut la cheddar cheese…
Mmm…. Memang snow laa… Yummy!
RANJAU HUJAN LEBAT FOR CUSTOMER WEDDING CAKES
23:11 |
Labels:
Wedding Cakes
Ku sangkakan panas hingga ke petang tapi hujan lebat ditengahari... hari ni kami kena siap kan tempahan kek 3 tiers di Adela. Kek yang agak berat sebab tingkat pertama 4.2 kg (Strawberry Chocolate Moist ala Secret Recipe), kek tingkat 2 berat 3.4 kg (Russian Black and White) dan yang paling atas Cup Cakes Red Velvet. Hujan sungguh lebat dek non oi.. mujur lah kek tak basah. Kek ni di pasang di bawah khemah hidangan pengantin. Walau bagaimanapun, kek tersebut telah selamat di set up kan walaupun cuaca hari ni penuh mencabar. Harap tak ada angin kencang.
Hujan Lebat Melanda Adela
Kek yang dah siap di pasang
Rasa sedap pulak tengok hidangan yang lain... ambik udang sekor kang
Red Velvet + Russian Black & White + Strawberry Chocolate
Pilot Test 1 jam kek 3 kg atas kek 1 kg.. success!
Subscribe to:
Posts (Atom)