Desaru Home Cakes

Desaru Home Cakes

RED VELVET CAKE VERSI GEBU


Rujukan resepi bagi saya kali ni ialah Red Velvet Gebu.



Rujukan resepi bagi saya kali ni ialah Red Velvet Gebu.

BAHAN A
(Campur dan ayakkan 4 bahan di bawah) 
3 Cawan Tepung Naik Sendiri
3 sudu besar serbuk Koko
1 Sudu teh garam
2 Sudu besar Susu Tepung

BAHAN B

250 grm butter
2 cawan gula castor

BAHAN C
5 Biji Terlur Grade B
1 penutup esen Vanilla

BAHAN D
2 sudu besar pewarna Merah
1 Cawan Butter Milk atau
1 cawan susu full cream dutch lady campur dgn 2 sudu besar Jus Lemon
(Biarkan selama 15 minit)

BAHAN E
1 Sudu besar Cuka
1 sudu besar baking powder

So inil ah Kaedahnyaaaaa.....

Pukul butter dan gula kastor hingga sebati
Masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanilla
campurkan butter milk dgn pewarna merah hingga sebati
Masukkan bahan A berselang seli dengan butter milk
Pukul hingga kembang dan ringan

seterusnya larutkan Bahan E cuka dan baking powder hingga berbuih dan terus masukkan ke dalam adunan kek tadi 
Kaup balik dengan spatula sampai sebati

dan bakar 1 jam dengan suhu 150c atau kukus pun boleh....

TOPPING

500 Gm Cream Cheese Philladephia di Frosting 
4 sudu besar butter
2 Cawan Gula Aising diayak
4 sudu besar jus lemon

dan mix sampai sebati



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

RESEPI TRIO SNOW CHEESE CAKES


 TRIO SNOW CHEESE CAKES
 
Ayuh kita cuba pulak Trio Snow Cheese Cake pulak. owh buatnya amat mudah.  Dah nama snow teringat pulak cerita Winter Sonata.  Lepas buat kek ni kita cari balik CD winter sonata yer. 
 
Strawberry digunakan boleh menaikkan seri wajah cheese cake ni.  Kalau nak tau, banyak2 strawberry, strawberry dari Korea lah yang paling saya suka dan beri rasa yang sedap berbanding dari US, Australia dan Cameron Highlands.  Yang Cameron punya masam sikit.
 
Kiranya yang taburan cheese atas tu kira mcm snow la... kekeke

BAHAN-BAHANNYA
 
100 gm gula kastor
10 gm ovalette
6 biji telur gred B
100 gm tepung self raising blue key
60 gm tepung jagung
3 keping slice cheese
1 st baking powder
50 gm air sejuk dr peti ais
1 st esen vanilla
*75 gm butter (cairkan) @ minyak jagung
*Pewarna pink, hijau, kuning
*Sedikit strawberry, pandan dan manga emulco

KAEDAHNYA DEK NONNN.... :)

1.       Masukkan semua bahan KECUALI yg bertanda (*).
2.       Mixer high speed sehingga putih dan gebu.
3.       Baru masukkan butter cair, gaul sebati dengan spatula/senduk je.
(Jangan guna mixer takut kek bantat/over beat)
4.       Bahagi adunan kepada 3 warna dan perasa
(i)                  Pink (emulco strawberry)
(ii)                Hijau (emulco pandan)
(iii)               Kuning (emulco manga)
@ apa2 pewarna dan perisa favourite, x kisah laa.. =). Xnak guna colour pun bo.. lg laa real snow kekeke…..
5.       Gris Loyang 8x8, bakar la adunan pink selama 10-15 minit, suhu 150c.
6.       Kek dah masak, telangkupkan kek dan Loyang tu sekali atas redai lebih kurang 5 minit, untuk elak kek bantat/kempis… hehehe… betul ke istilah ni…..
7.       Bakar pula adunan seterusnya guna Loyang sama gak dan proses yang sama.
8.       Siap, lapis la ikut kreativiti, letak la filling apa pun… nak sedap sapu cream cheese frosting n filling blueberry, chocolate ganache or strawberry.




 
CREAM CHEESE FROSTING

300 gm Cream Cheese Philaphedia/Tartura
3 sb butter
½ tin susu pekat manis
1 sb jus lemon
*½ kotak KRAFT cheddar cheese (parut)
*Filling blueberry, strawberry

1.       Mixer semua bahan kecuali yang bertanda (*) sampai sebati dan berkrim.
2.       Boleh la sapu pada setiap layer kek dan paipkan filling kesukaan masing-masing.
3.       Salut keseluruhN kek dan parut la cheddar cheese… Mmm…. Memang snow laa… Yummy!





 




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Minions

My minions

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tutorial 3 stacks cakes



Mari menonton....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

RANJAU HUJAN LEBAT FOR CUSTOMER WEDDING CAKES

Ku sangkakan panas hingga ke petang tapi hujan lebat ditengahari... hari ni kami kena siap kan tempahan kek 3 tiers di Adela.  Kek yang agak berat sebab tingkat pertama 4.2 kg (Strawberry Chocolate Moist ala Secret Recipe), kek tingkat 2 berat 3.4 kg (Russian Black and White) dan yang paling atas Cup Cakes Red Velvet.  Hujan sungguh lebat dek non oi.. mujur lah kek tak basah.  Kek ni di pasang di bawah khemah hidangan pengantin.  Walau bagaimanapun, kek tersebut telah selamat di set up kan walaupun cuaca hari ni penuh mencabar.  Harap tak ada angin kencang.

Hujan Lebat Melanda Adela
 
Kek yang dah siap di pasang
 
Rasa sedap pulak tengok hidangan yang lain... ambik udang sekor kang
 
 
Red Velvet + Russian Black & White + Strawberry Chocolate
 
Pilot Test 1 jam kek 3 kg atas kek 1 kg.. success!
 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS