Desaru Home Cakes

Desaru Home Cakes

Jelajah kedai bahan kek

 
Orang lain buat JJCM (Jalan-Jalan Cari Makan) tapi kami buat Jalan-Jalan Cari Kedai Kek (JJCKK) hehehe...Antara hobi lain adalah suka masuk kedai bahan kek.  Banyak dah kedai kek yang telah pergi dari Utara sampailah ke selatan.  Kedai Yummie ni boleh dikatakan terbaik setakat ni yang terletak di Bandar Baru Bangi.  Apa yang menarik kat sini terdapat pelbagai pilihan untuk semua bahan kek dan harga yang agak baik berbanding kedai lain seperti Bagus seksyen 13 Shah Alam, Bake well Pasir Gudang, Kedai Kek Sayang Sungai Petani, yang kat Taiping, Kota Tinggi dan sebagainya.  So bolehlah bagi 4 STAR bagi kedai Yummie ni.  Tapi kedai lain pun ada kelebihan masing2.
 
Kedai Yummie Bangi
 
Tu diaaa.... cupcakes punya bekas pun berlambak2.
 
 
 Sempat la borong...
 
Tengoklah la kalau berkesempatan akan jelajah ke Klang, Ipoh dan Kulim Pulak.  Semoga boleh jumpa yang lebih baik  berbanding Yummie.  Nanti one day saya boleh kongsi alamat.
 
 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Video Cara Mewarnai Fondant




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

RED VELVET MARBLE CHEESE BROWNIES

Jom buat Red Velvet Marble Cheese Brownies pulak.  Mudah aja dong. mmm enak bangat...!

UNTUK BAHAN KEK
 
2 1/2 cawan tepung naik sendiri
2 sudu besar koko
2 sudu besar susu tepung full cream
2 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh garam halus
(bahan di atas perlu diayak)
1/2 cawan butter dicairkan @ 1 1/3 cawan minyak jagung
1 1/4 cawan gula kastor
2 biji telur grade A
1 penutup botol esen vanilla
2 sudu besar pewarna merah
1 cawan buttermilk @ 1 cawan susu full cream + 2 sudu besar jus lemon (biarkan selama 10 minit)
1 sudu besar cuka
1 sudu teh baking powder


UNTUK BAHAN CHEESE

250 gm Cream Cheese Philadephia atau Tatura
1 cawan gula icing @ gula kastor
1 biji telur grade A
3 sudu besar susu full cream
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar jus lemon
# Filling Blueberry, strawberry, chocolate dan apa sahaja untuk lorek atas cheese

Cara2 nya
 
  1. Panaskan oven 160 c
  2. alas Loyang 10 x 10 dengan baking paper, sapu dengan butter
  3. whisk gula dan butter cair sehingga gula larut.. mixer pun bolehhh
  4. masukkan telur sebiji demi sebiji sehingga sebati dan  masukkan esen vanilla,
  5. campurkan buttermilk dan pewarna merah tadi
  6. masukkan bahan ayak BERSELANG SELI dengan campuran buttermilk tadi
  7. (Mula 1/2 tepung -buttermilk - baki tepung) gaul sebati
  8. campurkan cuka dan baking powder hingga berbuih dan terus masukkan kedalam aduna tadi dan kaup balik hingga sebati
  9. dan tuangkan ke dalam Loyang dan ratakan
  10. bakar 20 mini api atas bawah...
  11. Sementara tunggu kek velvet masak,... ayuh buat adunan cheese pulak
  12. mixer creamcheese hingga gebu dan tambah gula, telur, susu, tepung, jus lemon... mixer hingga sebati, kembang dan berkrim
  13. setelah kek masak kemudian tuangkan adunan cheese tadi dan ratakan atas kek velvet tadi
  14. boleh lorekkan atau tompok-tompokkan filling tadi di atasnya... ikut kreativiti masing-masing
  15. bakar semula selama 20 -25 minit sehingga masak.. suhu 160c jugak ya

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Carrot Cheese Cake

Ayuh buat Carrot Cheese Cakes.. sungguh mudah, sungguh sedap dan berkhasiat...




BAHAN A

2 1/2 cawan gandum/ tepung naik sendiri
2 sudu the baking powder
1 1/2 sudu the soda bicarbonate
2 sudu the serbuk kayu manis
1 sudu the serbuk buah pala
1 sudu the garam halus

BAHAN B

4 biji telur grade B
1 cawan gula perang
1/2 cawan gula kastor
1 cawan minyak jagung
1/2 cawan butter cair
3 cawan lobak merah parut
1 biji epal hijau parut (sekali kulit)
1 cawan kelapa kering (optional)
1 cawan kismis
1 cawan nenas dicincang halus (optional juga)
1 cawan kacang walnut panggang (cincang kasar)


CARA- CARANYA

Ayak bahan A sebanyak 3 kali
Pukul gula, minyak, butter cair sehingga sebati dan masukkan telur sebiji demi sebiji
masukkan bahan A sedikit demi sedikit
masukkan lobah merah, kelapa kering, kismis, nenas, walnut, epal hijau dan sebatikan dengan senduk kayu...

Masukkan ke dalam Loyang dan bakar 1 jam dengan suhu 165 c ...


TOPPING

250 gm cream Cheese Philladephia di Frosting
2  sudu besar butter
1 cawan Gula Aising diayak
2 sudu besar jus lemon




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS